Bismillahirahmanirrahim... Segala puji bagi Allah, yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda serta sahabatnya.
Nabi SAW bersabda: “Hiasilah ruang pertemuan kalian dengan bershalawat kepadaku. Sesungguhnya bacaan shalawat kalian kepadaku itu dapat menjadi cahaya di Hari Kiamat.” (H.R. Al-Dailami RA dari lbnu Umarb RA).
Nabi SAW bersabda pula: “Sesungguhnya Allah memiliki para Malaikat yang bertebaran di muka bumi yang bertugas menyampaikan kepadaku shalawatnya orang dari umatku yang bershalawat kepadaku.” (Dikeluarkan oleh Al-Darulquthny RA dari lmam Ali KW)
Hidup... Hubungan adalah HaqNya. Sesungguhnya antara hakikat kehidupan itu, kita memang perlu berkorban kerana jalan mujahadah menuju mahmudah.
Tangganya licin dan berlumut, basah dan berselut, tiada perhentian untuk berehat, kerana bukan di sini untuk melepaskan penat. Hiburannya tenang hati di dunia. Bahagia hakiki menanti di syurga.
Berjuang perlulah berkorban segalanya. Berkorban ertinya tinggallah kehendak dunia. Jalan penyucian amat perit...sukar...dan pedihnya. Derita asam garam perjuangan.
Berserah diri kepada haqNya... INGATLah Sahabat2ku...!!! Melaung kita sekuat hati seruan... ALLAHUAKBAR..!!! ALLAHUAKBAR..!!! ALLAHUAKBAR..!!!
Menjaga dan bertanggungjawab teramat nilai memegang panji-panji Allah Jagalah tingkah laku kita... Allah Maha Melihat... Allah Maha Mendengar... Allah Maha Mengetahui...
Cermin...segala cermin Amanah Allah segala perbuatan mata, mulut-lisan, telinga, hati-perasaan, akal-fikiran dan seluruh anggota badan mesti turut seiring dengan pendirian.
Luangkan masa untuk bertafakul. Hidupkan hati berzikir mengingatiNya Bertaubat dan iringlah air mata keinsafan kerana deraian air mata adalah paling berharga untuk menyimbah api neraka.
Sesungguhnya berjayalah bagi orang yang memilih menetapkan diri mengikut Sunnah Rasulullah SAW.
Semoga kita semua terselamat di titian sirat dan mendapat syafaat baginda SAW. serta mendapat redha dibawah naugan kasihNya yang Maha Suci... Amin...Amin ya Robbul Alamin
No comments:
Post a Comment